Followers

Saturday 26 November 2011

Dalam Kenangan- Cameron Highland

Assalamualaikum teman-teman...

Baru- baru ni che kay baru balik dr Cameron Highland iaitu pd 18,19,20 Nov 2011.. Percutian kali nie sempena untuk program kepimpinan da keperkasaan bersama MPP,PMP & JPK katernyer...^_^

Pengalaman Pertama bila menjejakkan kaki ke Cameronialah trun bas trus melayang...Rse kaki mcm x jejak kat bumi...X boleh berdiri pastu pening2...huhu... Rmai jer membe2 yg muntah2....eeeuuuiiii....hehehhe

By the way, che kay terasa teruja dengan keindahan Alam kt sana di tambah lagi dgn rse sejuk yg teramat...
So far boley than ag dgn sejuk nie sbb kampus tmpt che kay bljr ase sjuk cm nie lah...^_^

Aktiviti Malam plak, dngr perasmian oeh Dato Rektor....
siap men teka-teki...
ok guys che kay nk tnye stu soklan....
~10 +10+10= ?????
ceteka-ceteka..hahhahhahah

Nak tulis bnyak2 mcm x muat jer wall ni karang..haha...
dh mcm laporan lawatan lak..

Yang Paling best shopping tahap gaban...
Stu  Family che kay belikan cenderahti wat kenang-kenagan...

Okla, ni lah beberapa pic yg che kay dpt shoot....^_^...enjoy ur view k....


tmpt penginapan tok kami semua..








ladang teh..












flower farm...cntik2 semuanyer...






aiskrim berry

cactus farm

kt ladang strawberry


sdp gler wafer nie..totally jem strawberry..^_^

comel x kami???


Wednesday 9 November 2011

~ceritera cintaku~

Kali ini che kay tlh  bertemu dgn insan baru yg mampu menyayangi diri che kay seadanya aq...
Macam lirik lagu stacy pulak dah....
Btw, i'm very hepy with this guy..
Kami declare pada 26.9.2011...
bersaksikan rumah Allah dengan lafaz bismilllah che kay menerimanye..
macam tarikh keramat lak kn..
Harap hbngan kali ini akn berkekalan smpi ke alam rumah tangga...
Mencintai seseorng dgn hati yg ikhlas bukan satu yg mudah.....
Banyak pengorbanan yg terpaksa dilakukan...masa, wang dan perasaan...
kami saling memahami antara stu sama lain.... itulah klbhan pada hbngan che kay kali ini...
Tapi kali ini, che kay begitu serius untuk meneruskan hbngan ini....
che kay akan  berusaha semampu yang boleh untuk  mengekalkan hubungan nie...
Sayang thankz sbb menyayangi kte....I luv u so much...
Moga hbngan nie mendpt restu dr keluarga.... tp memerlukan masa....
Harap syg dpt bersabar k.....
Ya Allah berilah kesempatan kali ini untuk ku merasai erti bahagia.....
Berikan aq cinta....Padamu ku Beresujud Ya Rabbi...
Hrapnya Berkekalanlah selama-lamanyer.....
Ni lah serba sdkit pic yg dpt diambil mse bufday this guy.....at  McD ..DP...^_^



Thankz my love....I'm gonna miz u so much...I luv u....^_^.. 

Saturday 30 July 2011

~ramadhan bertandang semula~

Assalamualaikum...
Mlm ni che kay nk berkongsi sedikit tntng bulan ramadhan yg akan tba pada esok hari...
Rse x sbar nk menyambutnya....ttpi ap kn daya mlm esok che kay xdpt solat terawih berjemaah...sbb mlm esok che kay kne kerje...

Btw, che kay berazam balik keje esok nk wat solat terawih...xpe lah kalo sorang pon...cma kurang seronok lah..hehe...^_^

Sempena bulan yg mulia nie, che kay berazam nk tmbah amln2 yg bek dlm dri nie....Nk jauhi sgla sifat2 mazmumah dan nk dekatkan dri dgn sifat2 mahmudah.... Manusia akan berubah2sedikit demi sedikit...tidak terlalu drastik..memerlukan masa...berubah untuk jadi yg terbaik di sisi Allah S.W.T...itu pndpt che kay lah...

Manalah thu che kay xdpt jmpa next ramadhan...mnta2 pnjg umolah...So, di kesempatan nie, che kay amiklah peluang keemasan pd bulan nie....Che kay berharap bulan ramadhan ni dpt memberikan sesuatu yg bermakna bg che kay...

Nk share something, msti korang ingat drama bersiri " Diari Ramadhan Rafique" ni lah citer yg mengisi mse ptg che kay semasa bulan puasa thun lalu... Jom kte layan...ZASSSS!!!!




seronokan lgu nie....
haaaa...pelan tok bulan pose ni che kay berniaga bazar dgn family.....hehe.....
mcm2 nk jual... like kueh- mueh, murtabak, bubur ayam n so on....^_^

mmm...lastly che kay berharap sngt2 dalam bulan yg penoh barakah ni dpt beramal ibadat dgn sebaik yg mungkin...amin..amin...amin...^_^

Ramadhan Al-Mubarak
Last but not least, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak pd esok hari.....Selamt Beramal semua....Rebutlah peluang keemasan yg ad pda bulan nie....

Ikhlas dr Che Kay




Sunday 17 July 2011

~rumput & kasih sayang~


Assalamualaikum w.b.t...
Arini Che Kay nk kongsi stu cerita dgn rakan2...Tentang sang rumput dan kasih sayang....Apa kaitan nyer yer???mmmmm...nak thu???jom kite bce k...^_^
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, rakan2 semua hendaklah bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kalian terima pada hari ini, kerana jika kalian meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia....selamat beramal yer..^_^



Tuesday 12 July 2011

Selamat Hari Lahir

15 years old....^_^

Assalamualaikum...
Ari ni genap umur Che Kay 20 thun (12 July)......
Bermohon agar di panjangkan umo n di murahkan rzki...
 Di samping itu ingin mencapai kebahagiaan yg hakiki di dunia mahupun di akhirat kelak....
Selain itu, ingin menambah iman di dada yg tdak lengkap lagi...
Mohon ampun dan maaf kepada abah,emak, abang, adek n keluarga semua.....
Kerana kalian sentiasa disisi Che Kay selama ini....
Che Kay kuat kerana kalian semua...
Wat kawan2 jga terima kasih atas segalanyer.....
Halalkan segala mkn, minum serta ilmu yang tidak terkira.....
Ni adalah serba sedikit pic Che Kay...



umo Che Kay 20

Umo Che Kay 19


Umo Che Kay 16



umo Che Kay 17


Umo Che Kay 18
kek Mainan...Wt ad2 jer..^_^

Permintaan terakhir....^_^

Che Kay akan terus berdoa demi mencapai redha Mu Ya Robbi....
Setakat ini dahulu nukilan wat kali ini...Ahlan Wasahlan....^_^


Sunday 3 July 2011

~Hati Yang Dahaga~


Kali ini Che Kay nak bercerita tntng hati yang dahaga...atau hati yang lapar? Bagaimana agaknya keadaan hati yang lapar yer? adakah hati itu memulas-mulas seperti perut yang lapar, atau menelan sebanyak mungkin air luar yang singgah di raja kalam? begitukah juga keadaan hati yang lapar?
Jika hati kalian semua lapar, jangan biarkan ia terus kebulur. Kerana seperti badan, apabila dibiarkan  kebuluran, sudah tentu akan sakit dan seterusnya mengakibatkan kematian. Oleh itu, carilah makanan untuk hati. Hati yang lapar sebenarnya mempunyai makanan tersendiri, ianya sangat istimewa dan menjimatkan wang ringgit. Tidak perlulah anda mengeluarkan wang beratus atau beribu-ribu ringgit, makanan hati yang istimewa ini ada disebutkan di dalam hadith nabi yang berbunyi:

لا يزال لسانك رطبا من ذكر Ø§Ù„له
Sentiasalah basahi lidahmu dengan menyebut nama Allah
Rakan-rakan yang disayangi sekalian, sebenarnya makanan yang paling diperlukan dan memberi nutrisi yang secukupnya kepada hati ialah Zikrullah, yang bermakna zikir kepada Allah. Zikir bermakna memuji dan mengagungkan Allah.Selain itu kita hendaklah rajin membaca Al-Quran krna ianya dpt menenangkan dri serta hati kita. Namun, masih ramai yang sanggup berlapar dan dahaga kerana mereka sanggup membiarkan sang hati mati kekeringan akibat tidak mejamah makanan ataupun air yang dapat menghilangkan kebuluran. Sungguh mereka lupa, lali dengan godaan dunia. Maka bila hati dibiarkan kebuluran, mengecutlah ia menjadi kering dan kusam, seolah-olah badan manusia yang dipaksa ber diet setiap hari.
Bayangkan bila perut kalian semua lapar, sudah tentu makanan akan dicari dengan segera. Sehinggakan bila lapar ketika tengah malam pun sanggup untuk keluar mencari mcd, kfc dan segala jenis kedai makan yang dibuka 24 jam. Sanggup bersusah payah keluar rumah walaupun ketika itu mata sudah mengantuk dan badan sedang keletihan akan tetapi mengapa bila hati anda lapar anda sanggup biarkan hati anda kebuluran sedemikian rupa? Sedangkan lapar hati juga seperti laparnya perut. Bila bergurindam mulalah nak mencari makanan , tetapi bila lapar hati hanya sesetengah manusia sahaja yang mencari tuhan . Tetapi bagi sebahagian lagi daripada mereka masih enak dibuai kegelapan.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sahabat-sahabat semua. Jangan biarkan hati kita lapar,kerana bila hati kita lapar tidak mustahil hati kita akan mati kegelapan tanpa sinar hidayah daripada Allah s.w.t. Maka hendaklah kita sentiasa basahkan bibir kita dengan menyebut kalimah Allah dan memuji Allah s.w.t. Wallahualam.Selamat Beramal.^_^


Monday 27 June 2011

wanita bukan sekadar hiasan duniawi


Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung adalah datangnya dari Ilahi. Bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia. Hawa, adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada Adam. Setelah melalui beberapa frasa kehidupan dan sejarah, tidak dapat digambarkan betapa Allah sentiasakagum dengan kehebatan cinta seorang wanita.
Namun, zaman berzaman yang dilalui turut menyaksikan betapa manusia meletakkan darjat seorang wanita di tahap yang paling bawah. Anak perempuan dibunuh, golongan wanita pula dijadikan perkakas. Sehinggalah Islam yang diturunkan melalui Rasulullah SAW, hadir memurnikan kedudukan wanita. Golongan Hawa ini diangkat sehingga menjadi tinggi martabatnya dalam Islam.
Memang benar, pernah dikatakan Rasulullah bahawa antara golongan yang paling ramai memasuki neraka adalah wanita. Namun, jangan dilupakan bahawa mereka juga mudah untuk memasuki syurga. Bagaimanapun, hari ini ramai golongan wanita kurang menyedari kemuliaan kedudukan mereka di sisi agama. Larangan dan perintah, bukanlah untuk menyusahkan mereka, tetapi di situlah letaknya murni seorang wanita.


Wednesday 22 June 2011

~keranamu kekasih~

Bila kuimbas lagi

Terusik peristiwa dulu yang mengguris hati
Terkulai-kulai diri bila cinta didustai
Oleh insan yang pertama aku sayangi

Bila aku kenangi
Hidupku tak lagi ceria seperti dahulu
Tiada lagi keindahan yang aku rasai
Ohh... selama ini teguhnya cintaku
Pada mu kekasih



Tidak ku menjangkakan ini 'kan terjadi
Bila sidia undur diri dan memutus cinta
Alam kurasakan suram
Tiada lagi beri simpati



Ternyata kejujuran salah ditafsirkan
Rupa-rupanya di hatimu dia yang bertakhta
Mengikis semarak cinta yang telah kita bena
Seindahnya di syurga

Kekasih...
Kita berdua menjalin kasih
Yang akhirnya terpisah jua
Ku rela kau pergi



Tuesday 14 June 2011

~andai ku pergi~

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahM uMengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu